ARTIKEL

Terbuka Perancis: Aaron-Roy King mara ke pusingan kedua, beregu pilihan utama menanti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis selepas menyingkirkan gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith, hari ini.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Arena Grand Paris, gandingan ranking ke-95 dunia itu diberi tentangan hebat sebelum berjaya menjinakkan beregu ranking ke-30 dunia dalam pertarungan tiga set 21-18, 18-21, 21-12 yang berlarutan hingga 51 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Roy King, yang juga juara Terbuka Artik 2026, bakal berdepan tugas getir menentang pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani turut mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dalam satu lagi aksi pusingan pembukaan.

Pilihan keenam kejohanan itu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah sebelum berjaya menewaskan gandingan Denmark Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, juga dalam pertarungan tiga set 21-17, 19-21, 21-17.

Menanti mereka di pusingan kedua, pemenang perlawanan antara satu lagi pasangan Denmark Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi wakil perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan perseorangan wanita K. Letshaana yang terpaksa menamatkan saingan seawal pusingan pertama selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Jun Hao tewas kepada wakil Jepun Koki Watanabe 21-15, 21-11, sementara Letshanaa tewas kepada pemain Thailand yang juga pilihan kelapan kejohanan Pornpawee Chochuwong 23-21, 21-15.

Berikut keputusan lain membabitkan wakil Malaysia dalam kejohanan Terbuka Perancis:

Beregu campuran:

Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah (INA) mn Jimmy Wong-Cheng Su Yin 22-20, 21-18

Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin (TPE) mn Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-12, 21-10. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Debar menunggu DUN Sarawak bubar

SPEKULASI bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan semakin hangat diperkatakan. Ada yang menyebut akan berlaku pada minggu ini atau minggu depan. Tidak kurang

Bella Astilah sebak dengar ucapan Ayden

Ungkapan ringkas tetapi penuh makna daripada Mohamad Ayden Adrean, 9 tahun, itu menjadi antara kata-kata paling menyentuh hati pada majlis resepsi perkahwinan ibunya, Bella Astillah,