ARTIKEL

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dinaiki air, sekali gus menjejaskan pergerakan kenderaan serta aktiviti harian penduduk setempat, ketika tinjauan hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu sehingga 29 Dis ini (Isnin). -BERNAMA

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga apabila 103 mangsa daripada 24 keluarga di tiga daerah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu, Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 61 orang daripada 14 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, manakala di Dungun 13 mangsa daripada dua keluarga berlindung  di PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, yang masing-masing dibuka 3 petang tadi.

“Sebanyak 29 orang daripada lapan keluarga di Kuala Nerus pula berpindah ke SK Kompleks Mengabang Telipot yang dibuka 5 petang tadi susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi,” menurut sekretariat itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata beberapa laluan utama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu ditutup akibat dilanda banjir kilat.

Beliau berkata ia termasuk Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Jalan Sultan Ismail menghala ke Bulatan Ladang serta Jalan Kamarudin menghala ke Pengadang Akar. 

Dalam pada itu, berdasarkan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ paras air sungai di dua stesen iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) dan Sungai Tersat di Sekayu (F1), Hulu Terengganu telah melebihi tahap amaran.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan berhampiran dinasihatkan berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa. 

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda empat negeri iaitu di seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh dari 25 hingga 28 Dis ini.

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dari 26 hingga 29 Dis. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan