ARTIKEL

Terima kasih Bersatu, BN – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berterima kasih kepada  Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) nanti.

Keputusan itu, katanya membuktikan semangat setia kawan yang utuh antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan bahawa Bersatu tidak akan menyertai PRN12.

“Kita kalau di peringkat pusat, kita adalah satu gabungan jadi semangat yang baik ini harus dikekalkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat  Daerah Kecil Sungai Asap  di Lamin Adet Bangen Kimet, Uma Baha B. R.S, Sungai Asap di sini, hari ini.

Pengerusi GPS itu turut menzahirkan ucapan sama kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa selepas mengumumkan bahawa Barisan Nasional(BN) tidak akan meletakkan calon dalam PRN-12 Sarawak.

Abang Johari berkata beliau yakin Muhyiddin dan Annuar Musa memahami budaya dan politik di Sarawak.

“Biarlah orang Sarawak menentukan apa yang berlaku di Sarawak dan kita tetap boleh menjadi gabungan untuk sama-sama membangunkan Malaysia,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan