ARTIKEL

Terkini: YAB PM tiba di Kuching pagi ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengadakan lawatan kerja rasmi dua hari ke Sarawak.

Ketibaan beliau dan isteri disambut oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan pentadbiran negeri yang lain.

Lawatan rasmi Perdana Menteri dimulakan dengan mendengar sesi taklimat pembangunan Sarawak dan disusuli majlis perhimpunan khas bersama-sama penjawat awam Persekutuan dan Negeri.

Pada sebelah petang, beliau dijangka meninjau pemberian vaksin Covid-19 di Stadium Perpaduan di Petra Jaya.

Kemudian, Perdana Menteri hadir sesi balai rakyat untuk berkongsi “wawasan kemakmuran bersama 2030” sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua Negeri T.Y.T Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri sebelum diraikan dalam satu majlis jamuan malam di DUN.

Esok, Perdana Menteri dijangka akan melawat Samarahan dalam rangka kerja rasmi sebelum berangkat pulang ke Putrajaya.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU