ARTIKEL

Terlibat judi dalam talian, dua sahabat didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua sahabat warganegara Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mengendalikan judi dalam talian.

Tertuduh Fendi, 22 dan Dikmas Muhammad Iqbal, 25, masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, mereka mengendalikan mesin judi dalam talian iaitu dua set komputer di Taman Stutong Indah, Tabuan Jaya di sini, sekitar jam 12.00 tengah hari, 20 September lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang memperuntukan hukuman denda RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi dan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat serbuan di sebuah rumah dah hasil pemeriksaan mendapati set komputer berkenaan digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, barang-barang kes turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Oleh hal demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4B (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Sarawak perlu perkukuh STEM, budaya penyelidikan

KUCHING: Kunjungan penerima Hadiah Nobel Fizik 2023, Profesor Pierre Agostini, ke Sarawak membuka ruang untuk perkongsian kepakaran dan pertukaran pandangan bagi memperkukuh bidang sains, penyelidikan

Program KEMAS bentuk masyarakat berdaya saing, berdikari

SARATOK: Komitmen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melaksanakan program pembangunan masyarakat secara menyeluruh menjamin ilmu dan pengetahuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Penyandang kerusi Dewan Undangan

BERITA TERBARU