SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Terus menabung untuk hari tua

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

Desakan pihak tertentu untuk Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menjadi isu hangat warganet di Malaysia.

Maklum balas terkini berkaitan isu tersebut pula menjadi bahan bualan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pertimbangan untuk pencarum membuat pinjaman bank dan menjadikan simpanan KWSP sebagai cagaran.

Muncul ramai “penganalisis ekonomi” media sosial melemparkan pandangan masing-masing berkaitan isu tersebut.

Seperti gali lubang tutup lubang, memang Perdana Menteri tidak mahu keluarkan simpanan rakyat dan pelbagai lagi maklum balas daripada warganet baik menyokong ataupun tidak dengan kenyataan tersebut.

Saya melihat perkara ini daripada kedua-dua pihak. Adakah benar-benar diperlukan atau hanya dijadikan alat politik.

Menolak tepi unsur politik, dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februali lepas Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM500 diagihkan kepada ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka sekali gus memanfaatkan hampir dua juta ahli KWSP.

Dari sudut ekonomi, inisitif ini boleh memberi manfaat untuk Kerajaan dan pencarum.

Antara ayat yang sering digunakan dalam pembahasan ialah sebagai “simpanan hari tua”.

Baca lain  Menyantuni komuniti nelayan melalui Program Musaadah Covid-19 YaPEIM

Namun, ada juga sesetengah pihak benar-benar memerlukan suntikan dana untuk terus hidup seperti kegunaan modal perniagaan dan sebagainya.

MALAYSIA NEGARA TUA

Untuk makluman, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada 2023 apabila dijangka 15.3 peratus daripada populasi rakyat negara ini berumur 60 tahun dan ke atas.

Dalam konteks ini, umur tersebut melayakkan mereka untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP.

Namun, mengikut takrif usia, golongan ini mencapai status warga emas dan membuatkan pergerakan mereka terhad.

Justeru, mereka sukar melakukan pekerjaan dan banyak bergantung harap dengan wang simpanan atau ditanggung anak sekiranya ada.

Mungkin isu ini sering terlepas pandang, nasib golongan tua atau persediaan menghadapi Malaysia tua 2030, kurang tujuh tahun dari sekarang.

Mungkin bagi mereka yang menghampiri fasa tersebut, inilah masa sesuai untuk memaksimumkan simpanan berupa pelaburan seperti KWSP dan sebagainya untuk persediaan akhir.

Situasi ini mungkin tidak terbayang oleh golongan muda terutamanya golongan belia.

Segelintir belia tidak menjadikan simpanan sebagai keutamaan.

Pemikiran ini boleh menjejaskan keselesaan hidup hari tua sekiranya kurang kesedaran kepentingan menabung.

Baca lain  Kampung Telaga Air berusia lebih 200 tahun

Tidak menabung bermakna anda tidak mempunyai simpanan kecemasan.

Kecemasan dimaksudkan melibatkan kehilangan pekerjaan atau masalah kesihatan yang memerlukan rawatan khusus.

Kehilangan pekerjaan walaupun dalam tempoh singkat boleh mengganggu aliran komitmen seperti membayar bil dan membeli keperluan dapur.

Pilihan terakhir yang boleh difikirkan selain melepaskan komitmen ialah berhutang.

Implikasinya, walaupun mempunyai pendapatan bulanan, hidup seolah-olah terjerat membayar hutang lebih-lebih lagi hutang dengan kadar faedah tinggi.

Melihat sudut pandang negetif sekiranya gaji bulanan sentiasa kurang, ia pasti mendesak untuk terus berhutang dan lebih membimbangkan sekiranya berhutang dengan agensi pinjaman yang mengenakan kadar faedah tidak masuk akal.

Akhirnya, bekerja sekadar membayar bunga dan mengurangkan sedikit jumlah hutang.

Sisanya hanya dapat dibayar langsai apabila layak mengeluarkan simpanan KWSP. Kedengaran berkait dengan isu berlaku sekarang?

URUS KEWANGAN DIRI

Justeru, penting pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat baik yang makan gaji atau berniaga.

Asingkan pendapatan anda untuk hiburan, keperluan, kecemasan dan simpanan atau pelaburan.

Tentukan matlamat dan sebab anda menabung, sekiranya konsisten anda boleh jadikan simpanan sebagai pelaburan.

Baca lain  Operasi mencari kru kapal hilang di perairan Samalaju diaktifkan

Baca buku barkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan untuk ilmu dan mendewasakan diri mengurus wang.

Malah, terdapat aplikasi merekod perbelanjaan bulanan sebaik sahaja menerima gaji. 

Melalui aplikasi tersebut, anda boleh memantau perbelanjaan, menilai keperluan dan kehendak sebagai rujukan perbelanjaan bulan seterusnya.

Selesai membezakan keperluan dan kehendak, anda perlu menilai keperluan dari sudut harga.

Semasa membeli barangan, bandingkan harga di pelbagai kedai untuk mendapatkan harga lebih murah.

Perbandingan harga ini melibatkan jenis barang dan jarak lokasi kedai tersebut dari rumah.

Penting untuk membuat senarai perbelanjaan bulanan anda termasuk sewa rumah, bil, hutang, pengangkutan, keperluan dapur dan sebagainya.

Pengurusan ini juga bagi memastikan anda mempunyai baki gaji untuk disimpan, kalau boleh, tetapkan jumlah simpanan setiap bulan.

Saya cuba menjadikan menabung lebih menarik seperti mengasingkan wang tunai mengikut warna.

Sekiranya terdapat tunai berwarna hijau atau RM5, saya terus asingkan ke bekas tabung.

Secara tidak langsung, kita membiasakan diri untuk menabung walaupun dalam jumlah yang kecil.

Justeru, urus pendapatan anda untuk memastikan kelangsungan hidup hari ini dan keselesaan hari esok.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bandar utama di china

CHINA terkenal sebagai negara pesat membangun, maju dan memiliki peradaban

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru