IKMAS menyertai pameran dan promosi sempena Majlis Perasmian Karnival Rahmah Madani, Lawas dan Forum Perdana Ehwal Islam di Sarawak, baru-baru ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir menyempurnakan program tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifl i Hasan serta Timbalan Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah 1 Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahma Ismail.
Ikmas dengan kerjasama agensi Islam menganjurkan Malam Kesenian Islam dengan mengadakan pertandingan nasyid.
Majlis diserikan dengan penyanyi nasyid daripada kumpulan Unic.
Penduduk di sekitar Lawas hadir bagi memeriahkan Karnival Rahmah Madani Lawas.
Diharapkan pameran dan promosi Ikmas dapat memperkenal Ikmas, sekali gus menarik lebih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian di Ikmas.



