ARTIKEL

The Marian santai di rumah agam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

THE Marian terletak di bukit di tengah-tengah bandar yang dikelilingi jalan paling sibuk dan tertua di Kuching.

Ia hanya beberapa minit berjalan kaki dari Tebingan Kuching, Main Bazaar dan Carpenter Street.

Dibina pada 1885, alami pengalaman riadah mewah di rumah agam tiga tingkat yang dipulihara secara unik ini.

Bangunan lama dengan banyak tangga kayu antara ciri rumit yang diselamatkan dan dikekalkan.

Terletak di salah satu tempat tertinggi di tengah-tengah bandar raya Kuching, banglo kolonial 1885 bersejarah ini diserlahkan dengan “taman tenggelam”, kolam renang dan pemandangan kota.

Dengan panorama bandar raya Kuching, tepi kolam renang The Marian dan teres sesuai untuk sebarang perayaan intim atau kasual untuk kapasiti 250 tetamu.

Para tetamu boleh bersiar-siar di dalam rumah atau menikmati taman yang subur dengan pemandangan rumah elegan di sebelah sambil menghirup minuman dan melihat matahari terbenam.

Dengan lapan jenis bilik untuk dipilih, setiap satu dinamakan sebagai penghormatan kepada bekas matron dan guru besar bekas sekolah perempuan ini.

Pengunjung juga dibawa ke era lain — lantai kayu asli dan ciri seni bina yang menawan dilengkapi keselesaan kontemporari.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang