ARTIKEL

Tiada isu ancam petugas kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada isu yang mengancam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila memberikan komen mengenai program vaksininasi Covid-19 atau menyiarkan gambar vaksinasi di media sosial, tegas Dr Chin Zin Hing.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawa (JKNS) itu berkata demikian untuk memberi respons kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii baru-baru ini yang mendakwa kerajaan tidak boleh mengancam dan menanam perasaan takut di hati petugas kesihatan apabila bersuara bagi program vaksinasi.

Yii mendakwa, isu surat pekeliling KKM yang memberikan amaran kepada semua kakitangan untuk tidak membuat komen mengenai rancangan vaksinasi Covid-19 atau menyiarkan gambar di media sosial sebagai mengancam petugas kesihatan.

Malah katanya, KKM harus memandang serius isu tuduhan yang dibuat bukan mencari mereka yang membuat aduan.

Ekoran itu, Zin Hing semalam memaklumkan bahawa beliau menghubungi Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Norhisham Abdullah di Putra Jaya kerana perkara tersebut.

“Menurut pegawai khas beliau, masalah yang tersebut bukan berlaku di Sarawak tetapi di Kelantan, Serdang, Selangor dan di peringkat kementerian sahaja,” katanya.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual