Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Tiada isu provokasi semasa proses penamaan calon di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mohd Azman Ahmad Sapri

 

Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Tiada isu provokasi yang boleh mencetus kekacauan awam semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) melibatkan 31 kawasan Parlimen seluruh Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata demikian kerana proses penamaan calon di Sarawak berjalan dengan lancar.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak serta agensi yang terlibat dalam menjayakan proses penamaan calon pagi tadi.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua parti politik, para penyokong dan calon-calon bertanding atas kerjasama yang diberikan.

“Saya berharap semoga keadaan yang harmoni dalam proses PRU-15 ini akan berterusan hingga ke hari kemuncak pembuangan undi dan penjumlahan undi. Syabas saya ucapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon diadakan pada hari ini.

Sementara, hari mengundi awal ditetapkan pada Selasa, 15 November dan hari pengundian pada Sabtu, 19 November.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 November.

PRU kali ini menyaksikan seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk