ARTIKEL

Tiada ketidakpastian dalam peralihan kuasa – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hari ini tidak ada ketidakpastian dalam peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau.

“Tidak ada ketidakpastian, ketidakpastian hanya kepada anda (media).

“Semua pemimpin parti (Pakatan Harapan) yang terdiri daripada majoriti berkata sokongan Tun M (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri, dan kemudian Anwar, dan kita menentukan jangka masa,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia, di sini hari ini.

Mengenai beberapa tokoh pembangkang dan anggota parlimen yang menunjukkan sokongan kepada Dr Mahathir untuk menamatkan tempoh lima tahun sebagai perdana menteri, Anwar berkata, “Ini tidak berkaitan. Semua pemimpin parti mengatakan bahawa ini lebih baik diselesaikan oleh majlis Pakatan Harapan.”

Ditanya tentang pendirian Pas yang juga menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata itu perkara biasa bagi pembangkang.

“Pembangkang biasalah dia nak suruh timbulkan masalah.

“Parti yang berkuasa sekarang menentukan siapa kepimpinan. Sekarang kita sokong Tun M (Dr Mahathir) supaya dapat diangkat kedudukan ekonomi,” katanya.

Mengenai permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR, Anwar yang juga Presiden PKR berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

“Status Salleh Keruak dah bincang tapi kita selalu tanya cabang, tanya negeri, proses tu berjalan. Ada yang setuju, ada juga yang bagi pandangan, kita dengar semua,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bangunan Saujana dirobohkan beri laluan stesen ART

KUCHING: Bangunan Saujana di Jalan Masjid di sini bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), sekali gus mengubah landskap kawasan

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada