ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, awal Rabu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan perkara ini dan mengucapkan takziah mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut Kementerian Luar, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan, atau melalui telefon di +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel di mwastana@kln.gov.my.

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat Embraer 190 itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny apabila ia terbakar semasa pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Pihak berkuasa melaporkan puluhan kematian, dengan sekurang-kurangnya 28 orang yang terselamat, termasuk dua kanak-kanak, telah dimasukkan ke hospital.

Pesawat itu membawa seramai 67 orang, termasuk lima kru. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan