ARTIKEL

Tiada yang cedera dalam kemalangan di Jalan Bakong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR : Empat terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Bakong KJD di sini, petang tadi.

Insiden kira-kira jam 3.20 petang itu melibatkan sebuah lori, sebuah Toyota Estima dan Perodua Myvi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.21 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Kejadian mengakibatkan dua buah kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi dan hadapan.

“Ketika bomba tiba di lokasi, tiada mangsa yang tersepit. Kesemua mangsa yang masing-masing berusia 49 hingga 53 tahun dilaporkan selamat,” ujarnya.

Beliau berkata, tiada operasi penyelamatan dijalankan, sambil memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU