ARTIKEL

Tidak bayar sewa hotel RM9,200

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua individu yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan harta benda sebuah hotel bajet pada 10 Julai lalu, direman antara satu hingga tiga hari.

Majistret Leona Dominic Mojiliu mengeluarkan perintah reman tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kedua-dua suspek.

Siasatan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukan penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes, suspek berusia 18 dan 27 tahun itu melarikan diri selepas mengambil beberapa barangan di sebuah hotel bajet di Nahkoda Gampar Road di sini, sekitar jam 4 petang pada 10 Julai lalu.

Antara barangan yang dilarikan ialah penapis air, beberapa helai selimut dan cadar tilam yang dianggarkan bernilai RM13,700.

Selain itu, salah seorang suspek merupakan pekerja hotel dan dia bersama-sama seorang lagi individu bukan pekerja hotel juga dilaporkan tidak membayar sewa bilik selama empat bulan yang dianggarkan berjumlah RM9,200.

Susulan itu, pemilik premis berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut yang akhirnya membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek petang Ahad lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan