ARTIKEL

Tiga aset udara digunakan mencari Awang Omar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapat bantuan aset udara dari Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM) bagi membuat pencarian melalui udara di sekitar perairan Pulau Satang.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata tiga aset udara yang terlibat ialah Beachcraft King Air B300, Helicopter Ecureuil AS355N serta Pesawat Cessna Caravan C208.

“Pasukan penyelamat meneruskan Op Carilamat bermula jam 7 pagi tadi untuk mencari pembantu tekong bot, Awang Omar Awang Hamsawi yang masih belum ditemui.

“Setakat jam 3 petang, pasukan penyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu berkaitan dengan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, seramai 80 pegawai dan anggota pasukan penyelamat terlibat dalam mencari mangsa.

Zin Azman berkata, keluasan pencarian merangkumi seluas 795.31 batu nautika persegi dan melibatkan aset Maritim Malaysia Pengawal 6, dua buah aset PPM PA1 dan PSC 11, sebuah aset JPBM, sebuah aset JPLS 20 dan sebuah aset APM bagi pencarian di laut.

Tambahnya, beberapa bot pancing komuniti maritim sekitar turut melakukan pencarian.

Video: Aset udara PGU PDRM membuat pencarian di sekitar perairan Pulau Satang

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU