ARTIKEL

Tiga pasangan beregu lelaki badminton negara (dari kiri) Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Tiga Beregu Lelaki Senjata Utama Malaysia Di Piala Sudirman – Herry

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi berkata Malaysia mempunyai tiga beregu lelaki terbaik yang mampu menghasilkan keputusan positif pada saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei ini.

Herry berkata tiga beregu negara yang berada dalam kelompok 10 teratas iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun adalah senjata utama Malaysia pada kempen kali ini.

“Setiap pasangan ada gaya permainan berbeza, jadi saya ada banyak pilihan untuk turunkan mana-mana gandingan bergantung kepada siapa lawan kita nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini hari ini.

Jurulatih Indonesia itu berkata pada saingan kali ini, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C, perlu berwaspada dengan pencabar utama Jepun, tapi dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan Australia dan Perancis.

“Yang pasti dalam kumpulan itu kita perlu perhatikan Jepun, manakala Australia dan terutama sekali Perancis saya lihat tidak menghantar pasangan terbaik dan merupakan pemain pelapis,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

BERITA TERBARU