KUCHING: Seramai 16 petinju terbaik dipertaruh Joe’ Academy Of Boxing (JAB), Sibu pada Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dewan MAKSAK Kota Kinabalu, Sabah bermula dari 24 hingga 30 November ini.
Dengan sasaran kelab kendalian Zulkarnain Jemat@Majidi (ketua jurulatih) cuba untuk sekurang-kurangnya beroleh tiga pingat emas.
“Kita akan menyasarkan untuk cuba beroleh sekurang-kurangnya tiga pingat emas dalam kejohanan itu kelak.
“Mungkin dilihat terlalu awal dalam memasang impian ke arah itu. Namun, saya yakin para petinju mampu merealisasikannya,” ujar Zulkarnain kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau memberitahu, sasaran tiga pingat emas terbabit diharap dapat diperoleh dalam kategori remaja (15 &16 Tahun Lelaki) menerusi Awang Muhammad Arfan (54kg), Riq Roland (63kg) dan Anna Valentini Tie (48kg Wanita).
“Saya juga menaruh harapan yang tinggi barisan petinju lain dalam skuad yang akan terbang ke Sabah nanti mampu beroleh sama pingat dari setiap kategori masing,” tambah Zulkarnain.
Sambil menyifatkan andai kata ia dapat dibuktikan barisan petinju terbabit maka ia disifatkan sebagai bonus bagi JAB.
Tegas Zulkarnain, himpunan 16 petinju terbabit yang mencakupi 11 dari Sibu, 3 dari Kuching. Sementara, dari Sri Aman dan Miri masing-masing seorang.



