ARTIKEL

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

Tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan Presiden PAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiga laporan polis dibuat semalam berhubung kenyataan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

Laporan itu dibuat Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak V. Jonathan, Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Cheras.

Jonathan berkata laporan dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam, yang dilaporkan sebuah portal berita.

Menurutnya, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput bertemu Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada 2014 dan ditawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kira-kira 5 petang, sebelum ia dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, manakala Jonathan berkata laporan dibuat bagi memastikan dakwaan berkaitan cubaan menggulingkan atau melemahkan kerajaan serta sistem demokrasi berparlimen melalui cara tidak berperlembagaan dapat disiasat mengikut lunas undang-undang seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi