ARTIKEL

Anggota polis menjalankan sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta penunggang motosikal dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar Kota Samarahan.

Tiga lelaki ditahan berkaitan dadah di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiga lelaki tempatan ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah yang dilaksanakan selama empat jam di sekitar daerah Kota Samarahan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata operasi yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga tengah malam itu melibatkan 16 pegawai dan anggota.

Menurutnya, operasi berkenaan merangkumi sekatan jalan raya (SJR), rondaan cegah jenayah serta serbuan dan tangkapan di beberapa lokasi tumpuan dan kawasan hotspot di sekitar daerah berkenaan.

“Sepanjang operasi, sebanyak 60 kenderaan dan 66 individu diperiksa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata hasil operasi turut membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dalam operasi yang sama, polis turut merampas bahan yang disyaki dadah jenis ganja seberat tiga gram.

“Operasi berkenaan turut memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan dan hotspot jenayah bagi membolehkan tindakan pencegahan dilaksanakan secara lebih berkesan,” katanya.

Mohd Irwan Hafiz berkata lima saman turut dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik.

“Operasi bersepadu itu merupakan antara usaha berterusan pihak polis bagi mempertingkatkan pencegahan jenayah serta membanteras penyalahgunaan dadah di daerah Kota Samarahan,” jelas beliau.

Justeru, katanya, kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak polis mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka