Tular di media sosial video pengantin lelaki menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin.
Mas kahwin dibacakan oleh bapa pengantin perempuan ketika pembacaan ijab abul.
“Saya nikahkan dan kahwinkan anak kandung saya, Anestasya Ayu Widyadana binti Ahmad kepada engkau dengan mas kahwin logam mulia (emas) 21 gram, set persalinan solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” lafaz bapa pengantin perempuan.
Video tersebut tidak menyatakan lokasi kejadian.






