ARTIKEL

Foto: JBPM

Tindakan Pantas Bomba Selamatkan Lelaki Terperangkap Kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Damai, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 50-an berjaya dibawa keluar dengan selamat oleh anggota bertugas.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam serta Sungai Bakap ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.38 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A dengan kemusnahan kira-kira 40 peratus. Api dapat dikawal dalam tempoh 10 minit dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam rumah.

“Anggota mengambil tindakan memotong kunci pintu jeriji menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10.11 pagi dan kerja-kerja pemeriksaan rapi selesai dijalankan sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan