ARTIKEL

Tindakan pantas bomba selamatkan wanita warga emas dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap di tingkat atas rumahnya ketika kebakaran berlaku di Kenyalang Park, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.58 pagi itu, wanita berusia 70 tahun itu berada di tingkat atas bersama anak lelakinya yang berusia 39 tahun ketika kebakaran berlaku.

USAHA…Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran rumah di Kenyalang Park, di sini, awal pagi tadi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi pada jam 3.01 pagi, kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan, sebelum segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

PGO menambah, kedua-duanya kemudian berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ahli keluarga.

Kebakaran, katanya, membabitkan sebuah bilik di tingkat bawah rumah berkeluasan kira-kira 10×10 kaki yang terbakar kira-kira 80 peratus, manakala ruang tamu turut terjejas kira-kira 20 peratus.

“Pasukan bomba menggunakan dua aliran salur bantu mula bagi memadam kebakaran dan berjaya mengawal api daripada merebak ke bahagian lain rumah.

“Operasi membabitkan lapan anggota bersama dua jentera.

“Turut membantu operasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Operasi dikawal pada jam 3.40 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU