ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

Tindakan tegas untuk banteras jenayah keganasan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pihak polis digesa untuk mengambil tindakan tegas dalam membanteras jenayah keganasan dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti kumpulan kongsi gelap, khususnya di Bintulu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan bahawa kes jenayah serius tidak boleh dipandang remeh atau diberikan kelonggaran.

Ahli Parlimen Bintulu itu membuat gesaan tersebut susulan penyebaran video tular di media sosial yang memperlihatkan insiden serangan ganas oleh seorang ahli kumpulan kongsi gelap yang menggunakan gunting untuk mencederakan individu lain.

“Saya menyokong sepenuhnya undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan keganasan atau jenayah. Saya juga tidak akan melindungi mereka yang melanggar undang-undang,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Tiong menyatakan bahawa tindakan tidak bertamadun itu mencetuskan kebimbangan masyarakat dan menimbulkan persoalan sama ada Bintulu kini dikuasai oleh kumpulan penjenayah.

“Justeru, saya menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixson Joshua Ali, dan pasukannya mengambil tindakan tegas bagi membanteras keganasan kumpulan kongsi gelap. Insiden ini terlalu berat untuk dipandang remeh,” ujarnya.

Mengulas tentang dakwaan yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap, Tiong menafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa beliau sentiasa berpihak kepada undang-undang.

Beliau juga menasihati semua pihak untuk menyelesaikan sebarang konflik melalui saluran undang-undang, bukan melalui keganasan.

“Harapan terbesar saya adalah agar rakyat Bintulu dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat. Saya menyokong mereka yang mencari rezeki secara jujur. Namun, bagi mereka yang menggunakan pengaruh kumpulan kongsi gelap untuk menimbulkan ketakutan, saya akan berdiri teguh bersama pihak polis untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang tegas tanpa pengecualian,” tegasnya.

Tiong turut menekankan bahawa tindakan segera perlu diambil sebelum kumpulan jenayah semakin berani dan mengancam keselamatan awam.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, kesan buruknya akan lebih besar pada masa akan datang. Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat kejadian ganas seperti ini berlaku lagi. Saya menasihatkan mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah untuk meninggalkan kegiatan ini sebelum terlambat. Jika anda terus melanggar undang-undang, bersedialah menghadapi akibatnya,” tambahnya.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan serangan ganas oleh seorang ahli kumpulan kongsi gelap, yang kemudian menyerah diri kepada pihak polis.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan