PUTRAJAYA: Sesebuah negara boleh menerima padah jika pemimpinnya bertindak mengikut emosi dan membuat keputusan secara terburu-buru.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah bertitah pemimpin perlu mengawal emosi dan membuat pertimbangan berasaskan maklumat yang mencukupi kerana kesannya ditanggung oleh rakyat.
Baginda bertitah kepimpinan yang tenang, terbuka dan berhati-hati merupakan antara pengajaran penting daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.
Menurut baginda, peristiwa hijrah membuktikan setiap tindakan perlu dirancang secara teliti, termasuk mendapatkan maklumat, merangka strategi dan memanfaatkan kepakaran individu yang amanah.
Baginda turut bertitah perpaduan, kerjasama dan kepimpinan yang adil serta berhikmah menjadi asas penting dalam membina tamadun dan menjamin kejayaan sesebuah negara seperti dipetik TVS.



