ARTIKEL

Tingkat kemahiran warga Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Program Khas Bumiputera Modal Insan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Daro tidak hanya mencurahkan ilmu dan kemahiran malah mampu meningkatkan taraf ekonomi peserta.

Pengerusi Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis, Persi Saperi berkata, hasil program itu, peserta mampu menyiapkan produk dihasilkan dengan baik.

Katanya, program disertai seramai 32 peserta terdiri daripada belia,ibu tunggal, mereka berpendapatan dan ahli Persatuan Bukan Kerajaan (NGO).

“Program ini amat baik kerana menjurus kepada pembangunan ekonomi keluarga. Antara modul yang kami pelajari ialah pembuatan samosa kek beku, bun coklat, puff kacang, jem nanas, roti, apam pisang,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Menurutnya, peserta turut berpeluang mempelajari kaedah masakan ikan kukus, sayur sup sawi, pelabelan produk penanaman pisang dan nanas.

Mengulas lanjut, Persi berkata, permohonan bagi penganjuran program dibuat oleh pihak persatuan usahawan dan penjaja daerah Tanjung Manis.

“Begitulah keistimewaan program selama empat hari ini. Apa yang kami dipelajari sepanjang program adalah sesuatu yang sangat bermanfaat.

“Persatuan amat berterima kasih kepada Pegawai Pertanian, Siti Aisyah Idris yang bertanggungjawab mengurus permohonan kami.

“Sekalung penghargaan juga untuk Jabatan Pertanian Mukah Sarawak dan Kerajaan Sarawak yang begitu komited menaik taraf ekonomi Bumiputera khususnya di Tanjung Manis,” tambahnya.

Peserta mengabadikan kenangan beramai-ramai.

 

Upacara penyampaian sijil kepada peserta.

 

Antara produk yang dihasilkan

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan