MINGGU lalu, Wanita IKRAM Kuching berkumpul di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching untuk sesi jalinan ukhuwah secara berkala.
Menghimpunkan ahli-ahli IKRAM dari sekitar Kuching, majlis dimulakan dengan sesi bacaan Mathurat. Seterusnya pengisian bertajuk “Kelebihan Bulan Syabaan”.
Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri, bulan Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.
Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan.
Dalam bulan Syaaban, kita digalakkan kita memperbanyak ibadat dan memohon keampunan kepada Allah.
Pun begitu, tiada pengkhususan ibadah pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.
Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam serta mempelbagaikan doa dan zikir.
Marilah kita merebut peluang memperbanyak ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan pada setiap waktu dan masa pada setiap waktu dan masa.






