ARTIKEL

Presiden Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan

Tingkatkan pencapaian pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA kontinjen (CDM) negara ke Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun, Datuk Mohd Sumali Reduan menyandarkan harapan agar kontinjen Malaysia mampu tampil lebih garang berbanding pencapaian pada edisi 2022 di Hangzhou, China.

Mohd Sumali berkata beliau sudah semestinya akan meneroka kaedah bagi membantu kontinjen negara memastikan Jalur Gemilang berkibar lebih megah di negara Matahari Terbit itu.

“Sudah pasti kami akan mencari kaedah macam mana untuk meningkatkan pencapaian pingat yang lebih banyak daripada sebelum ini, terutama pungutan pingat emas.

“Saya kira mana-mana CDM pun berhasrat untuk mencapai prestasi lebih baik daripada sebelum ini dan kami perlu berusaha ke arah itu,” katanya semalam.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia itu berharap pengalaman diraih ketika terlibat dengan skuad sepak takraw negara dalam beberapa temasya sukan sebelum ini mampu membantunya memimpin kontinjen negara mencatat keputusan membanggakan pada Sukan Asia 2026.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu bagaimanapun mengakui beliau tetap memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya bekas CDM terdahulu bagi memberikan panduan, sekali gus memudahkan tugas mencapai sasaran ditetapkan nanti.

“Sukan Asia lebih mencabar daripada Sukan SEA dan saya harap kami akan dapat bekerjasama dengan semua persatuan sukan selain cuba berdamping dengan para atlet terlibat. 

“Pada masa sama, insya-Allah saya akan sentiasa mengikuti perkembangan dan juga prestasi semua atlet yang menyertai Sukan Asia 2026,” katanya.

Mohd Sumali ketika mengulas mengenai pelantikannya mengakui terharu dengan kepercayaan diberikan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selain restu Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari untuk mengetuai kontinjen negara pada temasya sukan empat tahun sekali berkenaan.

Malaysia membawa pulang enam emas, lapan perak dan 18 gangsa pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Pencapaian terbaik negara sepanjang menyertai Sukan Asia adalah pada edisi 2010 di Guangzhou, China, dengan kejayaan membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa. Sukan Asia 2026 dijadualkan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan