SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)-PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berjaya memenangi
kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dudong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Tiong yang juga Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) berjaya mengalahkan Wong Hie Ping (PSB), Jane Lau Sing Yee (PBK), Julius Enchana Jasper Ancho (PBDSB), Paul Ling Fong (DAP), Josephine Lau (Aspirasi), Fadhil Mohamad Isa (Bebas) dan Engga Unchat (Bebas) dengan majoriti 5,806 undi.
Tiong calon GPS mendapat 9,390 undi; Wong Hie Ping (PSB) mendapat 3,584 undi; Jane Lau Sing Yee (PBK) mendapat 1,779 undi; Julius Enchana Jasper Ancho (PBDSB) mendapat 893 undi; Paul Ling Fong (DAP) mendapat 2,724 undi; Josephine Lau (Aspirasi) mendapat 212 undi; Fadhil Mohamad Isa (Bebas) mendapat 1,178 undi dan Engga Unchat (Bebas) mendapat 225 undi.
Sebanyak 298 kertas undi ditolak dan peratusan pengundian 58.23 peratus.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Dudong, Abdul Razak Awang Bini mengumumkan keputusan tersebut jam 9.05 malam tadi.