ARTIKEL

Barisan pemenang Kejohanan Tenis Klasik Jemputan Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) Ketiga 2026 merakam kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.

Titan Aces juara, Ryoga Kho serlah bakat tenis Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Titan Aces berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Tenis Klasik Jemputan Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) Ketiga 2026 dalam acara empat hari yang melibatkan kira-kira 200 atlet dari Malaysia dan luar negara.

Pasukan yang turut muncul juara pada edisi 2024 itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang pertandingan di Gelanggang Tenis PTBS dan Kelab Golf Sarawak.

Pasukan dari Indonesia, PSJ Singkawang pula mendapat gelaran naib juara, sekali gus membuktikan penyertaan antarabangsa semakin mendapat tempat dalam kejohanan tersebut.

Hytec pula menduduki tempat ketiga, manakala PTBS A melengkapkan kedudukan empat pasukan terbaik.

Anjuran PTBS, kejohanan yang disertai sebanyak 10 pasukan tersebut menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah RM17,000 merangkumi semua kategori yang dipertandingkan.

Ia dianjurkan bagi menghargai legasi Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor yang banyak menyumbang kepada pembangunan sukan tenis di Sarawak.

Penganjuran itu turut mencerminkan komitmen berterusan PTBS dalam memperkukuh ekosistem tenis Sarawak serta melahirkan lebih ramai pemain tempatan yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Ryoga Kho, juara perseorangan lelaki bawah 16 tahun pada Kejohanan Jelajah Remaja TennisMalaysia SportExcel 2026 Pusingan Kelima Melaka.

Sementara itu, di Melaka, pemain muda Sarawak, Ryoga Kho mencipta kebangkitan untuk menjuarai kategori perseorangan lelaki bawah 16 tahun pada Kejohanan Jelajah Remaja Tennis Malaysia Sport Excel 2026 Pusingan Kelima Melaka.

Pemain berusia 14 tahun itu menewaskan Fawwaz Mustaqeem Kamaruzzaman, 15, dari Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Kompleks Tenis Ayer Keroh.

Ryoga bangkit selepas tewas set pertama sebelum mencatat kemenangan 3-6, 6-0 dan 7-5 untuk merangkul kejuaraan.

Pencapaian itu turut mencerminkan perkembangan positif Ryoga di bawah bimbingan jurulatih Norhairi Khaider menerusi Program Pembangunan Remaja PTBS yang menyediakan latihan serta pendedahan pertandingan secara berterusan.

Kategori bawah 16 tahun itu melibatkan cabaran 32 pemain, sekali gus memberi peluang kepada Ryoga menguji kemampuan menentang pemain yang lebih berusia dan berpengalaman.

Kejohanan tersebut berlangsung dari 5 hingga 9 Ogos dan menghimpunkan pemain remaja dari pelbagai kategori umur.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan