ARTIKEL

Antara dadah yang dirampas daripada suspek.

Tokan dadah dicekup, bawa syabu 56.80 gram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang tokan dadah berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri daripada polis menggunakan sebuah kereta ketika membawa 56.80 gram methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM6,248.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, lelaki tempatan berusia 47 tahun itu dicekup di kawasan Taman Hakka Avenue Park kira-kira jam 1.45 pagi semalam.

Beliau menambah, suspek yang mempunyai 19 rekod jenayah lampau turut didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 November ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Alexson berkata, tiga lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah menerusi dua tangkapan berasingan semalam.

Katanya, bagi serbuan pertama, dua lelaki berusia 27 dan 31 tahun ditangkap di perkarangan pusat komersial Travilion kira-kira jam 4.30 pagi kerana memiliki 12.58 gram ketamin dan 19 biji pil ekstasi seberat 13 gram yang dianggarkan bernilai RM1,640.

Tambahnya, kedua-dua suspek turut positif amphetamine dan methamphetamine, dengan suspek berusia 27 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau manakala suspek berusia 31 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Katanya, kedua-dua suspek direman bermula 2 hingga 5 November ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun, serta sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Dalam satu lagi serbuan, Alexson berkata, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Satria Jaya kira-kira jam 1.15 pagi kerana memiliki 5.60 gram methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM616.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau turut positif amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, suspek direman bermula 3 hingga 4 November ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun, serta sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak sasar jadi hab perubatan integratif serantau

KUALA LUMPUR: Sarawak berhasrat muncul sebagai hab perubatan integratif serantau dengan memanfaatkan kekayaan biodiversiti, keupayaan penyelidikan bioperubatan serta kepakaran klinikal bagi membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan