TOM Cruise memadam nama anak dan bekas isterinya daripada kad ucapan Krismas selepas 11 tahun tidak berjumpa.
Tom diketahui sentiasa menghantar biskut bersama-sama kad Krismas dengan namanya, nama anak dan bekas isterinya kepada rakan-rakannya pada Krismas setiap tahun.
Namun, lama-kelamaan nama Suri dan Katie hilang daripada kad itu.
Menurut kawan baiknya, Brooke Shields mengatakan Tom mula berhenti menghantar kek selepas memadam nama Suri dan Katie daripada beberapa kad ucapan Krismas sebelum ini.
Hubungan Tom dan anak perempuannya semakin renggang selepas bercerai dengan Katie pada 2012.
Tom mengakui tidak pernah bertemu anaknya selepas kejadian tersebut.



