ARTIKEL

SANDRO TONALI, bintang Newcastle.

Tonali pengganti Casemiro?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAR perpindahan Eropah, Fabrizio Romano berkongsi usaha Manchester United untuk memikat bintang tengah baharu.

The Red Devils dilaporkan memberi tumpuan untuk menambat tonggak Newcastle, Sandro Tonali.

Menjelang pembukaan jendela perpindahan musim panas, MU sudah mula merangka langkah awal dengan memperkukuh posisi tengah bertahan sebagai keutamaan.

Situasi ini timbul susulan jangkaan pemergian Casemiro yang bakal meninggalkan kekosongan besar di bahagian tengah pasukan.

Menurut Romano, pihak pengurusan United telah menyenarai pendek beberapa nama, dengan Tonali muncul sebagai antara sasaran utama.

Menurutnya, pemain itu dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu masih muda, memiliki kualiti permainan tinggi serta sudah membuktikan kemampuan di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gabungan faktor tersebut membuatkan United cukup berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Itali itu sebagai pengganti ideal kepada Casemiro bagi musim hadapan.

“Bagaimanapun, usaha mendapatkan Tonali tidak dijangka mudah apabila mereka turut berdepan saingan daripada seteru setempat, Manchester City,” katanya.

Tambah Romano, City juga sedang mencari pemain tengah baharu bagi menggantikan Rodri, dengan Tonali antara nama dalam radar pengurus Pep Guardiola.

Namun begitu, United sedikit lega apabila Tonali bukan sasaran utama City. Juara bertahan itu dikatakan lebih memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan Elliot Anderson daripada Nottingham Forest.

Dalam masa sama, Manchester United perlu bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

“Newcastle dilaporkan meletakkan tanda harga sekitar 100 juta pound, (sekitar RM600 juta), sekali gus memaksa United menilai dengan teliti sebelum membuat keputusan muktamad,” ujar Romano.- AFP

BERITA LAIN

BERITA TERBARU