BINTANGOR: Kebakaran yang melibatkan sebuah tongkang berhampiran Jambatan Paloh petang tadi berjaya dipadam sepenuhnya oleh pekerja di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Tansli Mering berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.
“Polis masih mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu dan laporan penuh akan dimaklumkan selepas siasatan serta pengesahan lanjut diperoleh,” katanya.



