Saksikan kisah misteri adat pengebumian budaya kaum Melanau dalam filem Sumpahan Jerunei yang akan ditayangkan di pawagam GSC pada 27 Julai ini.
Jerunei yang bermaksud tiang dijadikan tempat persemadian golongan bangsawan suatu ketika dahulu.
Namun terdapat kisah misteri di sebalik adat pengebumian yang diamalkan ratusan tahun lalu dan ia bakal dirungkai.
Filem seram arahan Jason Chong itu bakal menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air.
Antaranya, Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi dan Daiyan Trisha.



