ARTIKEL

Sekitar rakaman ketika Fatimah hadir untuk menyerahkan surat penghargaan kepada wakil The Nippon Foundation, Makoto Wada di TOY8 Playground, The Gardens Mall, di sini, hari ini. FOTO UKAS

TOY Eight nilai kesediaan kanak-kanak ke sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiga kanak-kanak dari Pusat Sehenti Intervensi Awal Kanak-Kanak (OSEIC) Sarawak berjaya memulakan persekolahan di tadika swasta lebih awal daripada jangkaan melalui program transisi tajaan The Nippon Foundation, sekali gus membolehkan mereka belajar dengan rakan sebaya dalam persekitaran inklusif.

Sekitar rakaman ketika Fatimah hadir untuk menyerahkan surat penghargaan kepada wakil The Nippon Foundation, Makoto Wada di TOY8 Playground, The Gardens Mall, di sini, hari ini. FOTO UKAS

Antara kanak-kanak itu adalah Muhammad Rayyza Iman Mohd Yushahrizam dari Tadika Perdana Sentosa, Mohammad Raygal Hazig Mohammad Rhyzan Fadzli (Tadika Kurnia) dan Ayra Alisha Abdullah (Tadika Puncak Ilmu).
Program ini dilaksanakan bersama pihak TOY Eight, yang menilai kesediaan kanak-kanak untuk ke sekolah melalui saringan perkembangan dan pemerhatian pakar.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, program ini menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk berkembang dalam persekitaran pembelajaran inklusif dan membina keyakinan diri, kemahiran sosial dan tahap berdikari.

Selain itu, katanya, ia memberi ruang intervensi awal di OSEIC untuk kanak-kanak lain dalam senarai menunggu yang memerlukan sokongan segera.

“Kita telah melihat bahawa dengan sokongan yang betul, kanak-kanak dapat menyesuaikan diri, berkembang dan mengejutkan kita dengan pencapaian mereka.

“Bagi keluarga, guru dan komuniti yang terlibat, pengalaman ini benar-benar mengubah kehidupan,” katanya semasa hadir menyerahkan surat penghargaan kepada wakil The Nippon Foundation, Makoto Wada di TOY8 Playground, The Gardens Mall, di sini, hari ini.

Tambahnya, program itu memerlukan kerjasama rapat antara ibu bapa, pihak sekolah dengan OSEIC bagi memastikan penempatan yang sesuai dalam kelas inklusif.

“Peserta juga meneruskan intervensi harian bersama guru terlatih TOY Eight untuk menjamin kesinambungan perkembangan mereka,” ujarnya.

Beliau memberitahu, lebih 300 kanak-kanak telah menjalani saringan perkembangan dengan intervensi khusus sepanjang 2024, yang membantu mengurangkan kelewatan perkembangan dalam tempoh enam bulan.

Susulan kejayaan itu, menurutnya, program tersebut diperluaskan pada 2025 bagi memberi manfaat kepada 600 kanak-kanak di lebih banyak kawasan di Sarawak.

“Kejayaan inisiatif membuktikan kekuatan kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), yayasan antarabangsa dan sektor swasta,” jelasnya.

Terdahulu, surat penghargaan yang diserahkan itu juga sebagai tanda terima kasih atas pembiayaan dan sokongan terhadap projek rintis berkenaan.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada