ARTIKEL

Kredit JBPM

Tragedi kebakaran rumah ragut tiga nyawa sekeluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, Rompin awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.11 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki, isterinya dan anak lelaki mereka, manakala dua lagi anak pasangan itu terselamat.

Kebakaran menyebabkan rumah mangsa musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi rumah terjejas kira-kira 70 peratus, namun kesemua enam penghuninya selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU