ARTIKEL

Tragis, misteri suami hilang enam hari lalu terungkai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pada 21 Mei lalu, isteri kepada anggota TLDM, Mohamad Khair Mahat, 28, menerima laporan suaminya itu tidak hadir bertugas.

Susulan itu, laporan polis dibuat keluarga berkaitan kehilangan mangsa.

Tragisnya, hari ini, misteri kehilangan sang suami terungkai apabila jasadnya ditemui dalam kereta Perodua Kelisa dipercayai terbabas lalu terbalik memasuki parit sedalam 2 meter berhadapan hotel.

Jasad allahyarham ditemui pemotong rumput berhampiran lokasi kejadian.

JBPM Selangor dalam kenyataan hari ini mengatakan pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan tersebut 4.23 pada petang Jumaat tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU