ARTIKEL

facebook GSC

TRELER FILEM KELUANG MAN DIKELUARKAN, TAMBAH KETERUJAAN PEMINAT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Setelah tiga tahun usaha pembikinannya diumumkan, filem aksi adiwira tempatan yang dinanti-nantikan, Keluang Man, mengeluarkan treler rasminya semalam, sekali gus menambah keterujaan peminat siri animasi itu menjelang tayangannya di pawagan seluruh negara pada 29 Mei ini.

Filem arahan Anwari Ashraf itu bukan sahaja memaparkan dunia Keluang Man versi moden, namun turut memasukkan elemen aksi mendebarkan serta visual sinematik berkualiti tinggi yang tentu dapat meraih perhatian bukan sahaja peminat setia, malah generasi penonton yang baharu.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata sejak projek filem ini diumumkan tiga tahun lalu, pelbagai usaha telah digerakkan bagi menjayakannya.

“Kami teruja untuk memperkenalkan adiwira ikonik Malaysia ini dengan cara yang memberi impak merentasi pelbagai platform.

“Antaranya  kerjasama strategik bersama Kopi Wonda, kemunculan sulung Keluang Ma dalam sut lengkap semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 serta mural gergasi di Kluang, Johor,” katanya pada majlis pelancaran treler rasmi filem itu, di sini, semalam.

Beliau berkata Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi permulaan kepada semesta sinematik tempatan yang menyatukan elemen hiburan, komersial dan warisan tempatan.

Filem arahan Anwari Ashraf itu menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Nas Muammar Zar atau Nas-T, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Siri animasi Keluang Man yang diilhamkan Kamn Ismail pula disiarkan di kaca televisyen sebanyak tujuh siri dengan 140 episod dalam tempoh 1998 hingga 2005. – BERNAMA

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU