SAMBUTAN hangat dan penuh mesra mengiringi persembahan Trio Melayu Nusantara di Festival Antarabangsa Muzik dan Seni Sarawak (SIFMA) 2025.
Berbeza daripada persembahan besar-besaran di festival sebelum ini, suasana kali ini lebih santai, dengan penonton tersenyum, relaks dan benar-benar menghayati alunan muzik yang menenangkan jiwa.
Menurut ketua kumpulan, Dr Kamil Salem, detik paling bermakna sepanjang dua malam persembahan ialah saat melihat gabungan gambus, seruling dan akordion, iaitu jiwa utama identiti persembahan mereka, disambut dengan penuh perhatian dan apresiasi oleh penonton.
“Apabila muzik tradisi yang kami bawa mengisi ruang dewan dan diterima dengan tepukan, senyuman serta reaksi spontan penonton, ia memberikan satu bentuk pengiktirafan yang sangat menyentuh hati.
“Respons ini bukan sekadar memberi semangat, tetapi menjadi peringatan bahawa usaha mengangkat muzik Melayu Nusantara masih relevan dan dihargai masyarakat,” ujar Dr Kamil.
Beliau menekankan bahawa pengalaman itu mengukuhkan keyakinan mereka bahawa perjuangan seni tradisi perlu diteruskan dengan lebih gigih dan kreatif.
“Ia menjadi motivasi untuk terus berinovasi tanpa SAMBUTAN hangat dan penuh mesra mengiringi persembahan Trio Melayu Nusantara di Festival Antarabangsa Muzik dan Seni Sarawak (SIFMA) 2025.
Berbeza daripada persembahan besar-besaran di festival sebelum ini, suasana kali ini lebih santai, dengan penonton tersenyum, relaks dan benar-benar menghayati alunan muzik yang menenangkan jiwa.
Menurut ketua kumpulan, Dr Kamil Salem, detik paling bermakna sepanjang dua malam persembahan ialah saat melihat gabungan gambus, seruling dan akordion, iaitu jiwa utama identiti persembahan mereka, disambut dengan penuh perhatian dan apresiasi oleh penonton.
“Apabila muzik tradisi yang kami bawa mengisi ruang dewan dan diterima dengan tepukan, senyuman serta reaksi spontan penonton, ia memberikan satu bentuk pengiktirafan yang sangat menyentuh hati.
“Respons ini bukan sekadar memberi semangat, tetapi menjadi peringatan bahawa usaha mengangkat muzik Melayu Nusantara masih relevan dan dihargai masyarakat,” ujar Dr Kamil.
Beliau menekankan bahawa pengalaman itu mengukuhkan keyakinan mereka bahawa perjuangan seni tradisi perlu diteruskan dengan lebih gigih dan kreatif.
“Ia menjadi motivasi untuk terus berinovasi tanpa menjejaskan identiti muzik Melayu Nusantara,” tambahnya.
Selepas SIFMA 2025, hala tuju trio ini semakin jelas apabila merakam tiga single baharu di Studio Nonakraf Creative, Kuching, pada 8 Disember sebelum berangkat ke Johor Bahru untuk persembahan seterusnya.
Dr Kamil menegaskan bahawa fasa seterusnya akan memfokuskan kepada pengembangan konsep instrumental Melayu Nusantara dengan sentuhan moden dan kolaborasi baharu.
“Walaupun kami sering dijemput membuat persembahan di luar negara dan Semenanjung Malaysia, jemputan di Sarawak sendiri masih agak terhad.
“Jadi, kami berharap konsep baharu ini membuka lebih banyak ruang agar muzik kami lebih dihargai di negeri sendiri selain di pentas luar,” jelasnya kepada Suara Sarawak selepas persembahan baru-baru ini.
Dr Kamil turut menegaskan bahawa setiap persembahan mereka bukan sekadar hiburan, tetapi misi budaya.
Melodi, ritma dan instrumen tradisional menjadi jambatan menghubungkan masyarakat serumpun, sambil memberi peluang kolaborasi antarabangsa yang bermakna.
Teknologi moden turut membantu memperkemas persembahan.
Sistem rakaman, cue dan rujukan digital membolehkan mereka menyusun persembahan dengan lebih profesional tanpa menjejaskan roh tradisi.
Melihat ke hadapan, Dr Kamil optimis bahawa warisan muzik Melayu Nusantara akan terus berkembang melalui pendidikan, dokumentasi, digitalisasi dan kolaborasi serantau.
Generasi muda turut dibimbing melalui latihan dan bengkel supaya bakat baharu dapat meneruskan kesinambungan seni ini.
Dengan sokongan penonton dan usaha kolektif ahli Trio Melayu Nusantara, Dr Kamil yakin muzik Melayu Nusantara bukan sahaja kekal, tetapi berpotensi melangkah lebih jauh di pentas dunia, sambil mengekalkan keaslian dan keindahan tradisi yang menjadi identiti mereka.
Sementara itu, Fauziah Gambus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang persembahan bahawa keseimbangan persembahan berjaya dicapai.
Malah, ia lebih bermakna kerana bukan sahaja berjaya mengetengahkan budaya Melayu di pentas berprestij ini, tetapi mereka juga memperoleh ilmu baharu dan pengalaman indah melalui persembahan artis dari negara lain.
“Melihat penonton tersenyum dan turut terhanyut dengan alunan muzik, kami rasa bangga.
Ini bukan sahaja tentang persembahan, tetapi juga tentang membina hubungan antara budaya dengan masyarakat melalui muzik,” kata Fauziah.
Gabungan gambus, seruling dan akordion dalam persembahan instrumental kali ini memberi dimensi unik, termasuk versi baharu lagu klasik Empat Dara.
Setiap babak disusun secara naratif dengan perbualan muzik antara instrumen, menghasilkan pengalaman mendengar yang lebih eksklusif.



