ARTIKEL

Gambar fail

Trump klasifikasikan fentanyl sebagai senjata pemusnahan massa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani satu perintah eksekutif yang menetapkan fentanyl sebagai “senjata pemusnahan massa”.

Trump menandatangani perintah itu semasa satu acara di Pejabat Oval bagi menyampaikan penghargaan kepada anggota tentera AS yang terlibat dalam operasi keselamatan sempadan, sambil memberi amaran bahawa fentanyl merupakan ancaman maut kepada negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Tiada bom yang melakukan apa yang dilakukan oleh bahan ini,” kata Trump, sambil menambah bahawa “200,000 hingga 300,000 orang meninggal dunia setiap tahun”.

“Kami “mengambil alih” sempadan paling teruk dalam sejarah negara kita, dan dalam tempoh dua bulan, kami telah menjadikannya sempadan paling kukuh dalam sejarah negara kita,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU