ARTIKEL

Kredit: UKAS

TTDI berpotensi jadi lokasi rekreasi utama Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Taman Tasik Desa Ilmu (TTDI) berpotensi menjadi salah satu lokasi rekreasi dan tarikan pelancongan di Kota Samarahan susulan kemudahan yang telah dinaik taraf untuk dimanfaatkan masyarakat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, TTDI kini mempunyai wajah baharu selepas melalui proses naik taraf, menjadikannya lebih selesa dan sesuai sebagai lokasi riadah.

Menurutnya, kemudahan di kawasan berkenaan akan terus dipertingkatkan, termasuk usaha menambah pencahayaan bagi memberi keselesaan kepada masyarakat yang beriadah pada waktu malam.

“Gunakanlah Taman Tasik Desa Ilmu ini sebaik mungkin sebagai tempat kita beriadah, berkumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Taman Tasik Desa Ilmu ini bukan milik satu pihak sahaja, tetapi milik kita bersama.

Jadi, kita perlu sama-sama menjaga kebersihan, kemudahan dan aset yang disediakan,” katanya ketika berucap pada Program Larian Fun Run TTDI di sini, pada Sabtu.

Datuk Rubiah turut menyeru masyarakat bersama-sama menjaga kemudahan awam serta mempromosikan TTDI sebagai lokasi rekreasi melalui platform media sosial. — EDISI UKAS

BERITA LAIN

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i

6.49 gram dadah dirampas

KUCHING: Bisi 14 individu ditan ba bemacham penyalah bekaul dadah ba Op Tapis Khas ti dipejalai pengelama tiga hari ngelingi pelilih tu, ari 25 nyentuk

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah