ARTIKEL

Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamatkan bomba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.54 petang dan anggota penyelamat bergerak menggunakan kenderaan utiliti ke lokasi disebabkan laluan berkenaan tidak dapat diakses dengan jentera berat.

“Setibanya di tempat kejadian mangsa dapat dijumpai dan didapati kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat. 

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja menggunakan tali penyelamat dengan menggunakan dua batang pokok sebagai pengukuh (anchor) bagi menyeberangi sungai anggaran lebar 10 kaki dan sedalam 1.2 meter dalam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya kesemua mangsa menyeberangi sungai dengan memakai peranti pengapungan peribadi dan dikawal oleh anggota penyelamat sehingga selesai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan