ARTIKEL

Gambar hiasan

Tukang sapu edar kandungan lucah didenda RM80,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Seorang tukang sapu hari ini didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger, dari bulan Januari hingga Februari lepas.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri, 45, mengaku bersalah.
Dia didakwa menggunakan aplikasi X (Twitter) “@Ayie_Noryn2016” untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Jan dan 4 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kamarulnazri juga didakwa menggunakan aplikasi X (Twitter) “@Ayie Noryn2016” untuk memberikan komunikasi lucah iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Feb lepas mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesemua kandungan telah dilihat di lbu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada 20 Feb lepas pada 11.10 hingga 11.30 pagi.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Faten Hadni Khairuddin manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam.

Difahamkan tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli