ARTIKEL

Tumbuk, tampar muka bekas isteri, lelaki terpaksa berpuasa di sebalik tirai besi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berpuasa di sebalik tirai besi, itulah terpaksa dilalui seorang lelaki tempatan selepas dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menumbuk dan menampar muka bekas isterinya.

Tertuduh Nurrahmadi Mohamad, 26, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Seksyen yang sama di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mencederakan mangsa berusia 24 tahun di sebuah pasar raya terkemuka di BDC, sekitar jam 11.45 pagi, 17 Mac lepas.

Syarifah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pada 17 Mac lepas, sekitar 11.30 pagi pengadu telah menerima panggilan daripada bekas suaminya yang memberitahu hendak mengambil anak lelaki mereka yang di bawah penjagaan pengadu.

Tetapi pengadu tidak membenarkan tertuduh mengambil anak mereka kerana tidak pernah memberikan nafkah kepada anak sejak perceraian mereka.

Pada hari yang sama, sekitar jam 11.45 pagi, tertuduh telah datang ke tempat kejadian lalu terus menumbuk dan menampar muka sebelah kiri mangsa hingga menyebabkan mangsa terduduk.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri.

Difahamkan, tertuduh tidak berpuas hati kerana bekas isterinya mengugut hendak memviralkan tertuduh di media sosial kerana tidak membayar nafkah anak.

Selepas kejadian, mangsa terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian di sebuah rumah Jalan Stutong, kira-kira jam 3 petang, 18 Mac lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu