ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Dr Tan, hari ini. (FOTO: JAPEN)

Tun Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Menteri Tenaga Manusia Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ‘upskilling dan reskilling’ yang lebih holistik merangkumi penduduk luar bandar Sarawak antara perkara utama dibincangkan oleh Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sains, Teknologi dan Tenaga Singapura, Dr Tan Seng Leng.

Perbincangan itu diadakan semasa kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Sanusi, di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Tan turut mengundang Tun Wan Junaidi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.

Terdahulu, delegasi daripada Singapura ini mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Penolong Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Tenaga, Eugene Toh, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasaran dan Gas, Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Ong Teng Koon dan Penolong Pengarah Kanan dari Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura Serene Chan.

TERIMA KASIH…Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada Dr Tan semasa kunjungan hormat tersebut. (FOTO: JAPEN)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU