ARTIKEL

Kredit : Yayasan Mahir Malaysia

TVET buka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes menerima Anugerah Tokoh Mahir 2024 atas usahanya memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk memperkenalkan konsep “Belajar Sekarang, Bayar Kemudian” kepada pelajar.

Beliau menerima anugerah berkenaan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2024 di Putrajaya semalam.

Sri Ganes dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata beliau bersyukur atas penghargaan ini yang mengiktiraf komitmennya sejak 1999 untuk melahirkan tenaga kerja berkepakaran tinggi bagi memenuhi keperluan industri.

“TVET membuka peluang kepada pekerjaan berpendapatan tinggi sekali gus merapatkan jurang antara kemahiran dengan kehendak industri,” katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group, beliau telah menerajui pelbagai inovasi pendidikan termasuk konsep “Belajar Sekarang, Bayar Kemudian” yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengakses latihan kemahiran tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Langkah itu bertujuan membuka pintu kepada lebih ramai individu untuk mengejar impian tanpa kekangan kewangan.

Institusi latihan beliau kini menawarkan pelbagai program relevan termasuk bidang teknologi baharu seperti kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan yang bertujuan membekalkan tenaga mahir sejajar dengan keperluan semasa industri.

Dalam pada itu, Sri Ganes menekankan kepentingan kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk memantapkan TVET.
“Sokongan berterusan daripada kerajaan dan sektor industri ialah kunci kepada kejayaan program TVET yang fleksibel dan berkesan. Peluang latihan praktikal, pendedahan teknologi terkini serta akses global perlu ditingkatkan bagi memastikan graduan kita bersedia menghadapi cabaran,” katanya.

Sri Ganes yang juga Timbalan Presiden Persatuan IoT Malaysia turut menyeru masyarakat untuk melihat TVET sebagai laluan kerjaya yang berpotensi besar.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)