ARTIKEL

TVET BUKAN SEKADAR LALUAN KEDUA, JADI PLATFORM UTAMA LAHIR TENAGA KERJA KOMPETITIF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi sekadar laluan kedua, sebaliknya menjadi platform utama dalam membentuk tenaga kerja kompetitif, mempercepat pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan tanpa sempadan.

Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk Sri Ganes Palaniapan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SG TVET Group berkata, TVET mampu menjadi penyelesaian kepada pelajar kurang cenderung kepada akademik tetapi memiliki kebolehan teknikal serta praktikal yang tinggi.

“Langkah memperluas akses kepada TVET dan memperkenalkan lebih banyak program yang selari dengan keperluan industri dilihat sebagai usaha penting dalam menangani isu keciciran pelajar daripada sistem pendidikan konvensional,” katanya pada majlis perasmian Akademi Latihan Industri Digital Siemens di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Azman Mohd Yusof itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara SG TVET Group dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelaksanaan program latihan berasaskan TVET.

Sri Ganes berkata tidak hanya terbatas pada latihan awal, laluan TVET juga menyediakan peluang keusahawanan dan peningkatan kemahiran sepanjang hayat, yang memberi ruang kepada individu untuk berkembang dalam pelbagai bidang, sekali gus membuka peluang memulakan perniagaan sendiri.

Beliau berkata TVET kini dikenali sebagai pilihan bijak bagi mereka yang ingin membina kerjaya yang stabil dan berdaya saing pada masa depan, dengan kelayakan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf industri, sekali gus meningkatkan daya saing dan pengiktirafan graduan TVET di peringkat lebih luas.

“Sebagai contoh, Akademi Latihan Industri Digital Siemens yang menawarkan program pensijilan berkembar daripada Siemens dan JTM dilihat memberikan kelebihan kepada graduan TVET dalam pasaran kerja,” katanya.
— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil