ARTIKEL

Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran (kanan) yang juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama pelatih-pelatih Mechatronic Sekolah Latihan Bermaz Auto Berhad bagi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Bermaz Auto Berhad, baru-baru ini.

TVET: Laluan kerjaya berpotensi tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak seharusnya dianggap sebagai ‘jalan mati’ bagi individu yang berhasrat mengembangkan kerjaya mereka.

Sebaliknya, ia merupakan laluan terbuka bagi mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup.

Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran (kanan) yang juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Juruteknik Automotif Bermaz Auto Berhad, Muhammad Syabil Syahmi Norazam, 24, melakukan pemeriksaan salah sebuah kereta di Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, baru-baru ini.

Kemahiran yang diperoleh dalam bidang teknikal bukan hanya terhad kepada membaiki enjin kereta, tetapi juga penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang dapat membantu menggerakkan ekonomi negara.

Ketua Operasi Selepas Jualan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran, berkata kerajaan kini berada di landasan yang tepat dalam memperkasakan TVET selaras dengan keperluan industri melalui sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

“Sejak program SLDN dilaksanakan 14 tahun lalu, kami tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja mahir dari luar negara,” katanya. Program ini telah melahirkan lebih daripada 1,000 juruteknik, dengan 90% tenaga kerja di B Auto merupakan hasil dari SLDN.

Shamsuddin menegaskan bahawa TVET bukan hanya untuk sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya, dan sukar). Dengan komitmen, individu boleh mencapai peringkat tertinggi dalam pengurusan syarikat. Beliau sendiri memulakan kerjaya dalam bidang automotif dan kini menduduki jawatan pengurusan tertinggi.

Menerusi Belanjawan 2025, sebanyak RM7.5 bilion diperuntukkan untuk TVET, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasakan bidang ini. Namun, terdapat cabaran dalam melaksanakan program tersebut, termasuk kos tinggi dan keperluan untuk tenaga pengajar yang kompeten.

Walaupun menghadapi cabaran, Shamsuddin percaya Malaysia mempunyai sistem TVET yang terbaik di kawasan ini, dan lepasan pelajar mampu memperoleh pekerjaan di luar negara, termasuk di Jepun dan Arab Saudi.

Sistem SLDN menjalankan latihan berorientasikan industri melalui kerjasama antara syarikat dan institusi latihan, melibatkan 70-80% latihan praktikal di tempat kerja dan 20-30% teori di pusat latihan.

Seorang perantis, R. Asswin, 19, menyatakan bahawa TVET adalah pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak terhad kepada teori semata-mata. Begitu juga dengan Nuraleeya Natasha Hamirul Mizam, 19, yang mempelajari kaedah kerja sebenar dalam bidang Body and Paint.

Elsworth Lo Zhen-U, 20, yang menjadi tenaga pengajar selepas tiga tahun di BermazAuto Training School, percaya bahawa pengajian di TVET memberikan nilai tambah dan kemahiran yang bermanfaat dalam dunia pekerjaan.–BERNAMA

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan