ARTIKEL

TVET perlu jadi pencetus perubahan sistem pendidikan negara – TPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu melihat program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara.

Menerusi catatan di Facebook, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.

Pada masa sama, beliau berkata pelajar aliran TVET juga mesti diterapkan dengan ilmu keusahawanan kerana terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai minat untuk menjadi teknousahawan. 

Ahmad Zahid, yang mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Canselor Rangkaian Universiti Teknikal hari ini, berkata mesyuarat itu bagi membincangkan isu TVET dan turut menyentuh cadangan penambahbaikan ke arah memperkasakan graduan serta menjamin peluang kerjaya sewajarnya. 

“Saya percaya dengan adanya koordinasi oleh semua kementerian, segala permasalahan yang wujud pastinya dapat diselesaikan ke arah memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kepada para pelajar,” katanya.
– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu