ARTIKEL

Uan Kaisar bakal beraksi di Pesta Sampoerna 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VOKALIS utama kumpulan Juicy Luicy Indonesia, Julian Kaisar atau lebih dikenali sebagai Uan Kaisar, mengaku tidak sabar untuk kembali menggegarkan pentas Sampoerna Fest 2025.

Festival yang menggabungkan hiburan dan pendidikan kewangan ini bakal berlangsung di empat bandar besar Indonesia, iaitu Samarinda (Mei), Makassar (Julai), Pekanbaru (Oktober), dan kemuncaknya di Pontianak pada Januari 2026.

Vokalis Juicy Luicy itu mengimbau kembali kemeriahannya di pentas Pesta Sampoerna sebelum ini, tentang kehangatan penonton dan sistem audio mantap yang menjadikan pengalaman luar biasa tersebut.

“Antusias sangat dengan festival ini. Selain hiburan, Uan turut menyorot kepentingan pendidikan kewangan yang menjadi elemen utama festival ini,” katanya.

Baginya, mengurus kewangan dengan bijak adalah aspek penting dalam perjalanan seorang pemuzik.

Dalam pada itu, Uan Kaisar sekali lagi meluahkan keterujaannya untuk kembali beraksi.

“Surabaya pecah, Palembang pun sama!

“Jadi, kami memang tak sabar untuk Sampoerna Fest 2025. Jumpa di sana, ya!” katanya. 

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU

Sarawak antara lokasi penubuhan Pusat NICE

KUCHING: Sarawak dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi penubuhan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti dan mampu